Tuesday, May 8, 2012

PUSAT PENDIDIKAN AL-IMAM AL-JUWAINI


PUSAT PENDIDIKAN Al-IMAM AL-JUWAINI

Pusat pendidikan ini dimiliki oleh Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Insan, Bidor (PPM-003-08-02032012), Perak. Dibangunkan bagi menunaikan tuntutan fardhu kifayah menyampaikan ilmu agama bagi golongan yang kurang berkemampuan.


Adik-adik yang mengimpikan kejayaan...

KRONOLOGI PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AL-IMAM AL-JUWAINI.

Usaha menyampaikan dan membina budaya agama kepada golongan kurang berkemampuan telah dimulakan oleh Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas dengan penganjuran Program Imam Cilik sempena cuti pertengahan persekolahan 2011. Program seminggu yang dijalankan dengan menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan . Para peserta hanya dikenakan yuran mengikut kemampuan dan ada yang tidak dikenakan sebrang yuran. Dengan menyediakan kemudahan yang terbaik, penceramah yang berautoriti, fasilitator yang berwibawa dan dengan dokongan penduduk setempat program ini menarik minat seramai 80 orang peserta.
Pusat sementara sebelum kompleks yang lebih baik siap.

Kejayaan program, ini menarik perhatian Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas untuk menyusun program-program seterusnya yang menerima sambutan yang sangat memberangsangkan. Melihat kepada harapan yang ditunjukan oleh Ibu bapa agar anak-anak mereka membangun menjadi generasi harapan negara Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Insan ditubuhkan dengan matlmat yang lebih besar dan tersusun untuk membina dan membangunkan sebuah Pusat Pembelajaran sepanjang hayat bagi melengkapi keperluan golongan memerlukan seperti anak yatim, golongan miskin dan ibu tunggal.



Memandangkan kos pembinaan kompleks ini terlalu besar dan memakan masa yang lama, kami menngambil langkah awal menyewa sebuah rumah di Taman Puteri Indah, Bidor untuk terus menyalur khidmat bakti kepada masyarakat.
 
Mengambil sempena nama Al-Imam Al-Haramain Al-Juwaini yang memainkan peranan besar di dalam dunia keintelektualan Islam sehingga melahirkan seorang tokoh hebat seperti Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali.  Fokus kepada pembangunan modal insan di pusat pendidikan ini menekankan aspek kebajikan, pendidikan, penjagaan dan pembangunan kemahiran.

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Ke arah membangunakan sebuah kompleks pendidikan yang lengkap sesuai sebagai pusat pendidikan, penjagaan dan motivasi.

2. Melahirkan golongan  kelas menengah di dalam  masyarakat yang menguasai ilmu-ilmu asas Islam dengan kemas. 5 teras pendidikan utama dan segala ilmu yang berkaitan dengannya diberikan penekanan adalah :
o   Al-Quran dan Ulum Al-Quran.
o   Al-Hadith dan Ulum Al-Hadith.
o   Ulum As-Syariah
o   ‘Aqidah.
o   Tasauf.

3. Mengetengahkan sistem pendidikan agama secara tidak formal dalam bentuk tersusun dan teratur.

4. Menyusun program pembangunan remaja dan dewasa bagi masyarakat setempat.

5. PENDIDIKAN secara PERCUMA.


MENERIMA SEBARANG SUMBANGAN , HADIAH, SEDEKAH, WAKAF DAN SEBAGAINYA DALAM BENTUK TUNAI, BARANGAN, PAKAIAN DAN LAIN-LAIN.