Saturday, October 31, 2015

CADANGAN PENUBUHAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM


MUQADDIMAH
Projek pembangunan ini adalah usaha bersepadu dan bersungguh-sungguh PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN BIDOR (PPM-003-08-02032012). Persatuan ini ditubuhkan bagi membangunkan sebidang tanah seluas 2 ekar di kg Poh, Bidor sebagai pusat pendidikan dan pembangunan remaja Islam khususnya di Bidor. Pusat yang merangkumi asrama anak-anak yatim dan asnaf, rumah penjagaan warga emas, Pondok Modern dan pusat Motivasi ini akan dikenali sebagai Akademi Al-Imam Al-Juwaini, mengambil sempena nama Al-Imam Al-Haramain Al-Juwaini yang memainkan peranan besar dalam dunia keintelektualan Islam sehingga melahirkan seorang tokoh hebat seperti Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali.  Fokus kepada pembangunan modal insan di Akademi ini menekankan aspek kebajikan, pendidikan, penjagaan dan pembangunan kemahiran.

OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Membangunakan tanah seluar 2 ekar di Kg Poh, Bidor dengan infrastruktur lengkap sesuai sebagai pusat pendidikan, penjagaan dan motivasi.
2. Melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat yang menguasai ilmu-ilmu asas Islam dengan kemas.
3. Mengetengahkan sistem pendidikan agama secara tidak formal dalam bentuk tersusun dan teratur.
4. Menyusun program pembangunan remaja dan dewasa bagi masyarakat setempat.



PEMBAGUNAN FASA PERTAMA 2016-2017 ( 2 TAHUN )
Fasa pertama pembangunan difokuskan kepada pembinaan kompleks penjagaan anak-anak Yatim dan golongan Asnaf. Kompleks yang dicadangkan meliputi :
i. Empat buah rumah bunglow yang mampu menampung seramai 10-16 orang anak-anak dalam satu masa dan sebuah bilik untuk penjaga bagi setiap rumah.
ii. Sebuah surau yang mampu menampung jemaah seramai sehingga dua ratus orang dalam saru-satu masa.
iii. Bangunan kelas yang menempatkan 3 buah kelas yang boleh ubah ( Dewan).
iv. Sebuah bangunan pejabat.
v. Sebuah bangunan dewan makan.


PEMBAGUNAN FASA KEDUA
Pembangunan fasa kedua menjurus ke arah pembinaan kompleks yang menempatkan dewan besar dan kemudahan chalet bagi tujuan pengajian dewasa. 5 teras pendidikan utama dan segala ilmu yang berkaita dengannya diberikan penekanan adalah :
o   Al-Quran dan ulum Al-Quran.
o   Al-Hadith dan Ulum Al-Hadith.
o   Ulum As-Syariah
o   ‘Aqidah.
o   Tasauf.
Dalam masa yang sama chalet dibuka untuk tempahan wakaf dan sewaan bagi mereka yang ingin merasa percutian di kampung sambil menambah ilmu pengetahuan.
PEMBAGUNAN FASA KETIGA.
Selari dengan matlamat penubuhan Akademi al-Imam al-Juwaini adalah dicadangkan tumpuan pembangunan seterusnya adalah pusat motivasi berkonsepkan adventure camp. Pembangunan ini meliputi :
o   Sebuah dewan serbaguna  terbuka yang mampu menampung seramai 200 peserta dalam satu-satu masa.
o   Tandas dan bilik mandi bagi lelaki dan perempuan.
o   Tapak perkemahan.
o   Pagar keselamatan.
o   Lain-lain kemudahan yang difikirkan perlu.

IMPLIKASI KEWANGAN PEMBANGUNAN FASA PERTAMA.
Anggran Unjuran kewangan bagi Fasa Pertama* :
Kos pembinaan 4 buah rumah Semi-D  RM250 000 X 4                               RM 1 000 0000.00
Kos pembinaan Surau                                                                                     RM 300 000.00
Kos pembinaan blok kelas                                                                              RM 100 000.00
Kos pebinaan Pejabat                                                                                      RM 80 000.00
Kos Pembinaan Kantin                                                                                   RM 80 000.00

Anggaran keseluruhan                                                                                 RM 1 560 000.00

* Merupakan anggaran kasar yang mungkin berubah mengikut keadaan semasa dan keperluan yang perlu diutamakan.
Unjuran kewangan keperluan dalaman.
Keperluan dalaman termasuk katil, bantal, tilam, meja, kerusi, keperluan pejabat dan keperluan kantin dianggarkan RM 50 000.00.
Unjuran keperluan pengurusan dalam tempoh setahun.
Kos belanja harian 50 orang.               RM 20 X 30X50X 12 bln       RM 360 000.00
Gaji Pengurus                                      RM 2500 X 12 bln                  RM 30 000.00
Kerani ( 2 orang)                                 RM 900 X 2 X 12 bln             RM 21 000.00
Pemandu ( seorang)                            RM 900 x 12 bln                     RM 10 800.00
Gaji Penjaga ( 4 orang)                       RM 1500 X 4 X 12 bln           RM 72 000.00
Pengawal Keselamatan ( 3 orang)       RM 900 X 3 X 12 bln             RM 32 400.00
Tukang Masak ( 3 orang)                    RM 900 X 3 X 12 bln             RM 32 400.00
Tukang kebun / Pekerja Am                RM 900 X 3 X 12 bln             RM 32 400.00


Anggaran keseluruhan                                                                     RM 591 000

BANK
Bank CIMB Islamik : 8601200319
Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Insan Bidor

PERTANYAAN DAN SUMBANGAN :
Ustaz Khir Johari : 019-3231429
Dr. Mohd Yusof : 0165326430
Cikgu Zahidi   : 0125647648

Tuesday, May 8, 2012

PUSAT PENDIDIKAN AL-IMAM AL-JUWAINI


PUSAT PENDIDIKAN Al-IMAM AL-JUWAINI

Pusat pendidikan ini dimiliki oleh Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Insan, Bidor (PPM-003-08-02032012), Perak. Dibangunkan bagi menunaikan tuntutan fardhu kifayah menyampaikan ilmu agama bagi golongan yang kurang berkemampuan.


Adik-adik yang mengimpikan kejayaan...

KRONOLOGI PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AL-IMAM AL-JUWAINI.

Usaha menyampaikan dan membina budaya agama kepada golongan kurang berkemampuan telah dimulakan oleh Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas dengan penganjuran Program Imam Cilik sempena cuti pertengahan persekolahan 2011. Program seminggu yang dijalankan dengan menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan . Para peserta hanya dikenakan yuran mengikut kemampuan dan ada yang tidak dikenakan sebrang yuran. Dengan menyediakan kemudahan yang terbaik, penceramah yang berautoriti, fasilitator yang berwibawa dan dengan dokongan penduduk setempat program ini menarik minat seramai 80 orang peserta.
Pusat sementara sebelum kompleks yang lebih baik siap.

Kejayaan program, ini menarik perhatian Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas untuk menyusun program-program seterusnya yang menerima sambutan yang sangat memberangsangkan. Melihat kepada harapan yang ditunjukan oleh Ibu bapa agar anak-anak mereka membangun menjadi generasi harapan negara Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Insan ditubuhkan dengan matlmat yang lebih besar dan tersusun untuk membina dan membangunkan sebuah Pusat Pembelajaran sepanjang hayat bagi melengkapi keperluan golongan memerlukan seperti anak yatim, golongan miskin dan ibu tunggal.



Memandangkan kos pembinaan kompleks ini terlalu besar dan memakan masa yang lama, kami menngambil langkah awal menyewa sebuah rumah di Taman Puteri Indah, Bidor untuk terus menyalur khidmat bakti kepada masyarakat.
 
Mengambil sempena nama Al-Imam Al-Haramain Al-Juwaini yang memainkan peranan besar di dalam dunia keintelektualan Islam sehingga melahirkan seorang tokoh hebat seperti Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali.  Fokus kepada pembangunan modal insan di pusat pendidikan ini menekankan aspek kebajikan, pendidikan, penjagaan dan pembangunan kemahiran.

OBJEKTIF PENUBUHAN

1. Ke arah membangunakan sebuah kompleks pendidikan yang lengkap sesuai sebagai pusat pendidikan, penjagaan dan motivasi.

2. Melahirkan golongan  kelas menengah di dalam  masyarakat yang menguasai ilmu-ilmu asas Islam dengan kemas. 5 teras pendidikan utama dan segala ilmu yang berkaitan dengannya diberikan penekanan adalah :
o   Al-Quran dan Ulum Al-Quran.
o   Al-Hadith dan Ulum Al-Hadith.
o   Ulum As-Syariah
o   ‘Aqidah.
o   Tasauf.

3. Mengetengahkan sistem pendidikan agama secara tidak formal dalam bentuk tersusun dan teratur.

4. Menyusun program pembangunan remaja dan dewasa bagi masyarakat setempat.

5. PENDIDIKAN secara PERCUMA.


MENERIMA SEBARANG SUMBANGAN , HADIAH, SEDEKAH, WAKAF DAN SEBAGAINYA DALAM BENTUK TUNAI, BARANGAN, PAKAIAN DAN LAIN-LAIN.